Live Webinar: Bijak Merancang Wang Di Kala Pandemik

Live Webinar: Bijak Merancang Wang Di Kala Pandemik

Live Webinar
14 Oct 2021

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara. Terdapat syarikat-syarikat yang tidak dapat beroperasi seperti biasa dan ada yang terpaksa gulung tikar atau memberhentikan pekerja-pekerja untuk terus beroperasi. Ada pula yang terpaksa memotong gaji. Mereka yang berniaga sendiri juga menghadapi masalah apabila permintaan atau pelanggan berkurangan. Sudah tentu ini memberi kesan kepada ekonomi rakyat.

Senario ini menyaksikan rakyat Malaysia berhadapan dengan saat gentir dan tekanan terutama bagi mereka yang tidak membuat persiapan daripada aspek kewangan.  Pengurusan kewangan perlu diurus secara bijak dan berhemah agar matlamat kewangan diri dan keluarga dapat dicapai sama ada dalam keadaan senang mahupun dalam situasi di luar jangkaan.

Justeru itu,perancangan kewangan merupakan satu aspek yang perlu diberi keutamaan dalam menghadapi keadaan pasca pandemik kelak. Pemakluman berita rentas negeri bermula 11 Oktober 2021, merupakan satu berita yang menggembirakan setiap rakyat Malaysia yang mana mungkin terdapat segelintir masyarakat yang sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung mahupun melancong bersama keluarga. Keadaan ini sekaligus akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun begitu menjadi persoalan, adakah masyarakat sudah cakna dengan perancangan kewangan meraka khususnya dalam berbelanja semasa pasca pandemik ini. 

Janganlah lepaskan peluang ini, marilah bersama-sama mendengarkan perkongsian perancangan kewangan dan tips Bijak Merancang Wang Di Kala Pandemik yang akan di bentangkan oleh En Afyan Mat Rawi, Perunding Bertauliah Islamic Financial Planner (IFP). Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Mohamad Noor Sahidi Johari Pengurus Kanan, Akademi Zakat (PPZ-MAIWP).


From Media