AZKA Research Interview Session with Accounting Research Institute (ARI, UiTM)

AZKA Research Interview Session with Accounting Research Institute (ARI, UiTM)

Google Meet
25 Jan 2022

Sesi temubual antara Akademi Zakat (AZKA-PPZ) dan Accounting Research Institute (ARI, UiTM) bersama Ahli Lembaga Pengarah PPZ-MAIWP Prof. Dr. Abdul Rahim Abd Rahman.Temubual ini merupakan kaedah kajian yang sedang dijalankan oleh ARI, UiTM dalam menjalankan penyelidikan bertajuk “Regulatory Framework and Governance of Zakat Institutions in Malaysia”. Penyelidikan ini merupakan geran padanan penyelidikan yang diterima oleh pihak ARI, UiTM.

Objektif utama penyelidikan ini adalah seperti berikut:

  • Untuk menyelidik kerangka urus tadbir terkini PPZ yang merangkumi kekurangan yang dihadapi oleh PPZ dalam memastikan bahawa mereka bertanggungjawab dan berkauntabiliti keatas pihak berkepentingan.
  • Untuk mendedahkan sama ada badan urus tadbir di PPZ telah melaksanakan tugas fidusiari dengan berkesan dan memainkan peranan dalan mengatur dan memantau kegiatan PPZ dalam memenuhi standard undang-undang dan etika
  • Untuk menganalisa keadan amalan pelaporan kewangan terkini PPZ dalam memastikan ketelusan kepada pihak berkepentingan
  • Untuk mengkaji transformasi digital semasa di PPZ untuk tadbir urus yang berkesan

Semoga diharapkan dapatan temubual dapat membantu penyelidik menjayakan kajian.

From Media