Live Webinar: Pilih Untuk Boros @ Urus?

Live Webinar: Pilih Untuk Boros @ Urus?

Live Werbinar
9 Feb 2021

Budaya menabung atau menyimpan wang adalah perkara asas yang perlu di jadikan budaya dalam kehidupan untuk persediaan serta kesenangan pada masa hadapan. Pengurusan kewangan yang lemah boleh menyebabkan seseorang individu itu terasa tertekan dengan kehidupan harian dan ini menyebabkan salah satu punca kerosakan kesejahteraan keluarga.

Sememangnya berbelanja adalah merupakan satu lumrah inidividu bagi memberi ganjaran kepada diri sendiri mahupun keluarga terdekat. Namun begitu, adakah perbelanjaan yang digunakan adalah untuk keperluan atau kemahuan harian.Oleh itu, elemen perancangan kewangan dalam berbelanja adalah penting agar ia tidak menjurus kepada sifat boros. Mungkin ada perbelanjaan yang boleh dikurang atau tidak perlu digunakan agar lebihan itu boleh di jadikan sebagai tabungan.

Mari dengarkan perkongsian Pilih Untuk Boros @ Urus? bersama pakar kaunseling kewangan Pn Nur Akmar Yaakub, Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan SME, Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Webinar akan dimoderatorkan oleh En Mohamad Noor Sahidi Johari, Pengurus AZKA, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).


From Media