AZKA Live Webinar: Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19

AZKA Live Webinar: Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19

Live
13 Jun 2020

Pada 11 Mac 2020, World Helath Organization (WHO) telah mengisytiharkan Wabak Covid-19 sebagai  Pandemik. Wabak Covid-19 bermula di Wuhan China pada akhir Disember 2019. Sehingga 26 Mei 2020, Crisis Preparedness & Respon Centre (CPCR) Kebangsaan dan WHO melaporkan jumlah keseluruhan kes berkait COVID-19 sebanyak 5,497,725, di mana Malaysia mencatat sebanyak 7,604 kes (1.13%) dari keseluruhan kes seluruh dunia.

Ia telah memberi kesan ekonomi global yang buruk apabila beberapa negara melaksanakan perintah berkurung dalam usaha membendung virus itu yang telah merebak ke seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali.

Kerajaan Malaysia telah menetapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tempoh 84 hari dalam lima fasa bermula pada 18hb Mac – 31hb Mac 2020 (Fasa 1), 01hb – 14hb April 2020 (Fasa 2), 15hb – 28hb April 2020 (Fasa 3), 29hb April – 12 Mei 2020 (Fasa 4), dan 13hb Mei – 9 Jun 2020 (Fasa 5 juga dikenakali sebagai PKPB). Sedia maklum, dengan pelaksanaan PKP ini, maka setiap aktiviti urusniaga juga turut tersekat. Keadaan ekonomi juga turut terkesan. Merujuk kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Impak penularan COVID-19 kepada ekonomi dunia adalah lebih buruk daripada krisis kewangan global. Malaysia juga turut terkesan disebabkan Malaysia adalah antara ekonomi yang amat berkaitan dengan rantaian bekalan global

AZKA Live Webinar ini yang julung kali diadakan akan dipengerusikan oleh Pengurus Akademi Zakat (AZKA) dan akan di ucap tama oleh Sahibus Samahah Dr. Luqman Hj. Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan


From Media