Archives

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | Sesi ke-7 Bersama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Rashila Ramli

  • October 15, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@UPTM] 📚 PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | SESI KE-7   Al-Khawarizmi Information Resource Centre (AKIRC), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) meneruskan siri perkongsian ilmu menerusi Program Bedah Buku Sesi Ke-7/2026. Sesi kali ini menampilkan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Rashila Ramli bagi mengupas karya: 📖 Social Inequalities Within and Among Countries: Achieving SDG 10 Through Social Interventions   Buku terbitan Springer ini menghimpunkan kajian kes dari Jerman, India, Malaysia dan Afrika Selatan berkaitan isu ketidaksamaan sosial serta peranan intervensi sosial dalam menangani jurang sistemik, memperkukuh pembangunan mampan dan memperkasa komuniti.   🗓 15 Oktober 2026 (Khamis)🕚 11.00 pagi📍 Ruang AZKA-PPZ, AKIRC, Perpustakaan UPTM, Tingkat 1   Program turut disiarkan secara langsung menerusi TikTok dan Facebook rasmi UPTM. Semua warga UPTM dan masyarakat dijemput untuk bersama-sama mengikuti sesi perkongsian ilmu ini.     Be an Amazing You! #BedahBukuAKIRC #UPTM #AKIRC #PPZMAIWP #AZKAPPZ #SDG10 #SocialInequalities #BeAnAmazingYou

Read More

[AZKA Corner@KITAB] Bengkel Penulisan Artikel Majalah DBP

  • October 15, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@KITAB] AZKA-PPZ Perkukuh Budaya Penulisan Menerusi Bengkel Penulisan Artikel Majalah PULAU PINANG, 24 Ogos 2026 – Penang Islamic Digital Library (PIDL) meneruskan usaha memperkasa pembangunan ilmu dan penulisan melalui penglibatan dalam Bengkel Penulisan Artikel Majalah yang diadakan dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bengkel yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini memberikan pendedahan berkaitan teknik serta strategi penulisan artikel yang berkesan. Program ini memberi penekanan kepada kaedah menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti, tersusun dan berstruktur, selain membantu peserta memahami pendekatan yang sesuai dalam menghasilkan artikel untuk penerbitan majalah. Selain meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan peserta, bengkel ini turut menjadi platform untuk mencungkil dan melahirkan penulis baharu yang berpotensi menyumbang kepada perkembangan dunia penulisan dan penerbitan. Penglibatan dalam program seumpama ini selari dengan usaha memperkukuh ekosistem ilmu melalui pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran dan kerjasama strategik bersama institusi berkaitan. Melalui pendedahan secara langsung daripada pihak yang berpengalaman dalam bidang bahasa dan penerbitan, peserta berpeluang mempertingkat kemahiran dalam menyampaikan idea dan pengetahuan secara lebih sistematik serta mudah difahami oleh pembaca. Kerjasama ini juga diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kepada penghasilan bahan penulisan berkualiti, khususnya dalam bidang zakat, wakaf, ekonomi Islam dan isu-isu sosial semasa, sekali gus memperluas penyebaran ilmu kepada masyarakat.   Maklumat Program Program   : Bengkel Penulisan Artikel MajalahTarikh       : 24 Ogos 2026 (Isnin)Masa         : 9.00 pagi – 5.00 petangPengisian : Teknik dan strategi penulisan artikel majalah bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)   AZKA-PPZ komited untuk terus membina jaringan kerjasama strategik dan menyediakan platform pembangunan ilmu yang dapat menyumbang kepada penghasilan karya serta wacana berkualiti untuk manfaat masyarakat.  

Read More

[LIVE WEBINAR IFIC, JAWI@TRX] Program Bedah Buku Kajian AZKA Siri 2

  • October 7, 2026
  • Comments off

[PROGRAM BEDAH BUKU SIRI KAJIAN AZKA (16/2025) SIRI 2] “PENGENALAN MANHAJ FIQH SHAFI’E: PERKEMBANGAN DAN ISU-ISU BERKAITANNYA DI MALAYSIA”  Assalamualaikum W.B.T Islamic Finance and Information Centre (IFIC) JAWI dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA) PPZ-MAIWP berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Program Bedah Buku Kajian AZKA PPZ Siri 2. Program ini membincangkan kandungan buku “Pengenalan Manhaj Fiqh Shafi’e: Perkembangan Dan Isu-Isu Berkaitannya Di Malaysia” yang mengupas isu-isu kontemporari bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta terhadap kepentingan mengikut manhaj yang muktabar dalam berfiqh, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.   Tarikh : 8 Oktober 2026 (Khamis) Masa : 9.30 pagi – 1.00 tengah hari Tempat : Pusat Informasi Kewangan Islam @ Islamic Finance Information Centre (IFIC), TRX, Kuala Lumpur Panel : Dr. Muhammad Pisol Bin Mohd @ Mat Isa Profesor Adjung, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH), OUM    Pendaftaran: [https://forms.gle/PKTSVaiUajQeFwQM8] atau imbas kod QR pada poster Sebarang pertanyaan boleh berhubung: [ific@jawi.gov.my] Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | Sesi ke-6 Bersama Profesor Madya Syamsul Fozy bin Osman

  • September 29, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@UPTM] 📚 PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | SESI KE-6   Al-Khawarizmi Information Resource Centre (AKIRC), UPTM, dengan kerjasama AZKA-PPZ, PPZ-MAIWP dan Sahabat Zakat dengan sukacitanya menjemput warga UPTM untuk menghadiri Program Bedah Buku AKIRC SESI KE-6   Sesi kali ini menampilkan Profesor Madya Dr. Syamsul Fozy bin Osman yang akan mengupas dua buah buku:   📘 Everything We Know is Wrong – The Trendspotter’s Handbook📘 The Age of AI and Our Human Future   Perbincangan akan menyentuh perubahan masa hadapan, perkembangan teknologi serta bagaimana kecerdasan buatan membentuk kehidupan dan masyarakat.   📅 30 September 2026 (Rabu)⏰ 11.00 pagi📍 Ruang AZKA-PPZ, AKIRC📱 Turut disiarkan secara LIVE di TikTok   Semoga program ini dapat memperkayakan wacana ilmu serta membuka ruang perbincangan mengenai cabaran dan peluang dalam menghadapi perubahan dunia masa kini dan masa hadapan.   #AZKAPPZ #PPZMAIWP #AKIRC #UPTM #BedahBuku #WacanaIlmu #BudayaIlmu #FutureThinking #KnowledgeSharing #SahabatZakat

Read More

[AZKA Corner@Politeknik Nilai] DINING ETIQUETTE: ISLAMIC AND CROSS-CULTURAL

  • September 29, 2026
  • Comments off

  DINING ETIQUETTE: ISLAMIC AND CROSS-CULTURAL   “Adab mencerminkan peribadi, etika membentuk profesionalisme.” Dalam era globalisasi, pemahaman terhadap adab makan menurut perspektif Islam, perbezaan budaya serta etiket rasmi menjadi satu kemahiran penting dalam membina keyakinan dan profesionalisme.   Antara fokus program termasuk: Adab makan menurut perspektif Islam Etiket makan dan perbezaan budaya Etika komunikasi dalam suasana profesional Persediaan menghadapi interaksi bersama pelanggan daripada pelbagai latar budaya Pembentukan sahsiah dan profesionalisme pelajar   28 September 2026 (Isnin) Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur   Profesionalisme bukan hanya tentang penampilan, tetapi juga bagaimana kita membawa diri dengan nilai.   #AZKAPPZ #PPZMAIWP #PoliteknikNilai #DiningEtiquette #IslamicEtiquette #CrossCultural #DiplomaKewanganIslam #EtikaProfesional #Profesionalisme #AdabDanIlmu

Read More

[AZKA Corner@UMSKAL] PROGRAM SEMARAK ILMU@UMSKAL | TELAAH: SIRI 3/2026

  • September 29, 2026
  • Comments off

  PROGRAM SEMARAK ILMU@UMS TELAAH SIRI 3 “TUMBUK RUSUK: PENGKISAHAN DARI TIRAI BESI”   Sempena Bulan Integriti 2026, Bahagian Perpustakaan UMSKAL dengan kerjasama AZKA-PPZ menganjurkan: PROGRAM SEMARAK ILMU @UMSKAL – TELAAH SIRI 3 “TUMBUK RUSUK: PENGKISAHAN DARI TIRAI BESI”   Penceramah dan Penulis Buku: Tuan Mohd Firdaus Ramlan Perkongsian ini membawa penonton menyelami sebuah kisah benar lahir daripada pengalaman di sebalik tirai besi, serta pengajaran tentang integriti, keinsafan, maruah dan peluang untuk bangkit membina semula kehidupan.   Saksikan secara langsung: 28 September 2026 (Isnin) 9.00 pagi – 1.00 petang Dewan Theatrette, UMSKAL Sasaran: Warga UMSKAL dan agensi kerajaan Wilayah Persekutuan Labuan   Daripada sebuah kisah benar, lahir sebuah pengajaran yang mampu mengubah kehidupan Jumpa anda di sana! #PerpustakaanUMSKAL #UMSKAL #AZKA-PPZ #BulanIntegriti2026 #SemarakIlmu #TelaahSiri3 #TumbukRusuk

Read More

ELEVATING GLOBAL ZAKAT: PPZ-MAIWP DELEGATION EXPANDS STRATEGIC COOPERATION WITH BOSNIA AND HERZEGOVINA

  • September 17, 2026
  • Comments off

16 September 2026 – A delegation from Malaysian institutions responsible for Zakat management comprising representatives of the Federal Territory of Kuala Lumpur Zakat Collection Centre (PPZ-MAIWP) visited the Riyasat of the Islamic Community in Bosnia and Herzegovina today. A reception and a working meeting were held during the visit, focusing on experiences and organizational models for Zakat collection and distribution, as well as opportunities to enhance cooperation and the exchange of best practices between the institutions of the Islamic Community and partner organizations from Malaysia. The delegation was received at the Rijaset headquarters by the Deputy Grand Mufti (Naib-ul-Reis), Dr. Enes Ljevaković, and the Director of the Department for Religious Affairs, Hafiz Dr. Mensur Malkić. The working meeting was also attended by the Fatwa-i-Emin, Dr. Ahmed Purić; the Director of the Department for Economic and Financial Affairs, Muhedin Garanović; and the Head of the Zakat Office, Vehid-ef. Arnaut. During the discussion, the participants presented the activities and experiences of their respective institutions regarding zakat management, emphasizing the importance of an institutional approach to the collection and distribution of funds, as well as the significance of international cooperation and the exchange of experiences in this field.

Read More

[CONFERENCE] ZAWFI 2026: CALL FOR PAPERS

  • September 17, 2026
  • Comments off

[International Conference] ZAWFI 2026: CALL FOR PAPERS The 7th International Virtual Conference on Zakat, Waqf and Islamic Philanthropy Recognizing the importance and the potential of zakat, waqf and other contemporary Islamic philanthropy towards social finance empowerment, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Shah Alam, Selangor will continue to organize the 7th International Virtual Conference on Zakat, Waqf and Islamic Philanthropy (ZAWFI 2026) to realize this aspiration.   Theme: “Islamic philanthropy instruments for sustainable development: Empowering Value Based Intermediation (VBI)- driven governance and agentic digital innovation”   ‼ CONFERENCE FEE ‼ RM 300 – ZAWFI PRESENTER (LOCAL) USD 85 – ZAWFI PRESENTER (INTERNATIONAL) RM100 – IID PRESENTER (LOCAL) USD 30 – IID PRESENTER (INTERNATIONAL)   For those who are interested in participating ZAWFI2026 as PRESENTERS, kindly join the telegram link below: Group for Presenters: https://t.me/+54EjlHK4mlMyNDQ1   For those who are interested in participating ZAWFI2026 as REVIEWERS, kindly fill up the form below: Reviewer Registration Form: https://www.zawfi.org/registration/rev_registration.php   🔴 Website, Registration & Submission link: https://www.zawfi.org/     SECRETARIAT, 7th International Virtual Conference on Zakat, Waqf & Islamic Philantrophy (ZAWFI 2026) Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Email: zawfiacis@gmail.com

Read More

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC – KIND: The Quiet Power of Kindness at Work

  • September 15, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC Al-Khawarizmi Information Resources Centre (AKIRC) dengan sukacitanya menjemput warga UPTM untuk menghadiri Program Bedah Buku AKIRC  Sesi kali ini akan mengupas buku berjudul: KIND-The Quiet Power of Kindness at Work Jom sertai Program Bedah Buku bersama Prof. Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Shiekh. Kupasan menarik buku “KIND: The Quiet Power of Kindness at Work” oleh Graham Allcott yang mengetengahkan kepentingan sifat ihsan, baik hati dan empati dalam membina persekitaran kerja yang positif, harmoni dan berprestasi tinggi.   Tarikh : 9 September 2026 (Rabu) Masa : 11.00 Pagi Tempat : AZKA Corner, Al-Khawarizmi Information Resources Centre (AKIRC)   Kehadiran secara fizikal atau melalui Google Meet amat dialu-alukan Pautan Online: https://meet.google.com/aas-rqxc-xbk?authuser=0   Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam sesi perkongsian ilmu yang santai, bermanfaat dan penuh inspirasi. Jumpa anda di sana!   Baca • Fahami • Kongsi • Inspirasi #AKIRC #UPTM #AZKACORNER #PPZ-MAIWP #AKADEMIZAKAT

Read More

[KAJI SELIDIK] Persepsi Keadilan, Kepercayaan dan Pengetahuan Cukai dan Zakat Dalam Kalangan Peniaga Muslim di Malaysia

  • September 15, 2026
  • Comments off

[KAJI SELIDIK] Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Dengan segala hormatnya menjemput Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik untuk menyertai kajian bertajuk: “Persepsi Keadilan, Kepercayaan dan Pengetahuan Cukai dan Zakat dalam Kalangan Peniaga Muslim di Malaysia”   Kajian ini dijalankan oleh pasukan penyelidik di bawah Geran Penyelidikan dan Inovasi UIS 2025 (GPIU 2025) dan melibatkan pembayar zakat perniagaan milikan tunggal serta perkongsian yang berdaftar dengan PPZ-MAIWP.   Maklum balas tuan/puan amat penting bagi membantu penyelidik memahami tahap pengetahuan, kepercayaan dan persepsi peniaga Muslim terhadap pelaksanaan cukai dan zakat perniagaan. Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya akan digunakan bagi tujuan penyelidikan.   Tuan/puan boleh menjawab soal selidik melalui pautan berikut: https://forms.gle/KmTV38wvpqquMyEx7 atau mengimbas kod QR yang disertakan dalam poster.     Kerjasama dan kesudian tuan/puan untuk menjawab soal selidik ini amat dihargai.   Sekian, terima kasih.

Read More