[KAJI SELIDIK]
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya menjemput Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik untuk menyertai kajian bertajuk:
“Persepsi Keadilan, Kepercayaan dan Pengetahuan Cukai dan Zakat dalam Kalangan Peniaga Muslim di Malaysia”
Kajian ini dijalankan oleh pasukan penyelidik di bawah Geran Penyelidikan dan Inovasi UIS 2025 (GPIU 2025) dan melibatkan pembayar zakat perniagaan milikan tunggal serta perkongsian yang berdaftar dengan PPZ-MAIWP.
Maklum balas tuan/puan amat penting bagi membantu penyelidik memahami tahap pengetahuan, kepercayaan dan persepsi peniaga Muslim terhadap pelaksanaan cukai dan zakat perniagaan. Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya akan digunakan bagi tujuan penyelidikan.
Tuan/puan boleh menjawab soal selidik melalui pautan berikut:
https://forms.gle/KmTV38wvpqquMyEx7
atau
mengimbas kod QR yang disertakan dalam poster.
Kerjasama dan kesudian tuan/puan untuk menjawab soal selidik ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
