Archives

Surah Al-Mukminun: Tafsir dan Huraian

  • April 27, 2026
  • Comments off

Home / Surah Al-Mukminun: Tafsir dan Huraian Awal Surah Al-Mukminun ini menggarisbawahi ciri-ciri orang beriman yang berjaya dan antaranya ialah orang-orang yang menunaikan zakat harta. Penulis Buku: Muhammad Uzair bin Izham Lain-lain Terbitan

Read More

Buletin SUCI Edisi 2022

  • April 27, 2026
  • Comments off

Home / Buletin SUCI Edisi 2022 Buletin terbitan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) Lain-lain Terbitan

Read More

Surah Al-Anbiya’: Tafsir dan Huraian

  • April 27, 2026
  • Comments off

Home / Surah Al-Anbiya’: Tafsir dan Huraian Antara sorotan Surah Al-Anbiya’ adalah kesatuan intipati dakwah para rasul dan keadilan perhitungan Allah S.W.T di padang mahsyar. Surah ini dimulakan dengan kisah Nabi Muhammad SAW dan diakhiri dengan peneguhan bahawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah penutup kepada semua risalah yang terdahulu, bahkan juga sebagai risalah yang teragung. Penulis Buku: Anas Bin Bad Latif Lain-lain Terbitan

Read More

Surah Hud: Tafsir dan Huraian

  • April 27, 2026
  • Comments off

Home / Surah Hud: Tafsir dan Huraian Surah Hud ini mengisahkan cabaran dan kesabaran para Rasul di dalam menyampaikan agama Allah kepada kaum mereka sekaligus memberi sokongan motivasi kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W. dalam menyampaikan risalah dakwah. Penulis Buku: Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar Lain-lain Terbitan

Read More

Zakat and Islamic Social Finance: The Way Forward

  • April 27, 2026
  • Comments off

Home / ZAKAT AND ISLAMIC SOCIAL FINANCE: THE WAY FORWARD Various issues related to zakat and social finance management alwaysarise and require discussions and research to ensure that the decisions andimplementation follow best practices. This matter is essential to increase thecommunity’s understanding of zakat and social finance management andincrease people’s awareness about zakat, which will help the communityin need. This book is also an ongoing effort by PPZ-MAIWP to address the currentproblems of Islamic social finance, which includes issues related to zakat,waqaf, and philanthropy. State Islamic Religious Councils and ZakatInstitutions should always be proactive in empowering management andzakat institutions. Editorial Team: Muhsin Nor Paizin Abdul Rahim Aziz Nurul Izzah Azhar Akademi Zakat (AZKA-PPZ) Lain-lain Terbitan

Read More

Dimensi Baharu Zakat di Malaysia

  • April 27, 2026
  • Comments off

Home / DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA Dimensi Baharu Zakat Di Malaysia dipecahkan kepada dua topik iaitu Fiqh Zakat dan Pengurusan Zakat. Sistem zakat dan filantropi amnya telah berkembang pesat diseluruh dunia. Di Malaysia khasnya, sistem zakat ini semakin diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan jaminan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang besar, maka ia perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kewangan Islam negara. Bidang zakat serta kehartaan umat Islam sangat penting untuk dibincangkan oleh para akademik dan badan pelaksana sebagai satu platform terbaik untuk meletakkan bidang pengurusan harta Islam sejajar dengan bidang-bidang lain yang sedang bergerak maju ke hadapan. Usaha melestari sistem ekonomi Islam khususnya filantropi seperti zakat sangat penting dalam meningkatkan kehidupan sosio-ekonomi umat Islam. Terdapat pelbagai isu kontemporari khasnya tentang zakat dalam aspek fiqh, pengurusan, dakwah, pendidikan, perundangan, dan sebagainya perlu dikongsi oleh ahli akademik, sarjana Islam serta pemain industri bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada masyarakat. Kesemua konsep yang diutarakan melalui buku ini harus mampu untuk diketengahkan dalam aliran arus perdana supaya berupaya untuk mendepani arus globalisasi ekonomi dunia yang semakin mencabar, apatah lagi menjalani situasi ekonomi pasca pandemik COVID-19. Sudah tiba masanya masyarakat Islam untuk didik dengan kebertanggungjawaban sosial dengan memperkasa budaya memberi dalam kehidupan, bukan mengejar keuntungan dunia semata-mata. Masyarakat yang diterapkan dengan perasaan kasih sayang, keprihatinan dan kepedulian sudah tentu dapat menstabilkan kehidupan masyarakat kini yang sedang mengalami detik-detik mencabar, bukan sahaja dalam aspek ekonomi, malah survival manusia. Adalah diharapkan agar penerbitan buku ini dapat menjadi wadah diskusi yang sangat penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang bidang zakat. Usaha ini perlu dipergiat lebih lagi supaya bahan-bahan bacaan berkaitan subjek yang amat penting ini tidak putus dan terhenti setakat ini sahaja. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penerbit, para editor dan semua penulis buku ini, kerana telah berjaya mewujudkan wadah dakwah zakat khusus kepada masyarakat. Semoga usaha yang dicurahkan dalam menerbitkan buku ini mendapat ganjaran dan pahala disisi Allah SWT. Editorial Team: Muhammad Ihklas Rosele Universiti Malaya Mohamad Noor Sahidi Johari Muhsin Nor Paizin Akademi Zakat (AZKA-PPZ) Lain-lain Terbitan

Read More

Rahsia Hidup Tenang Dan Berkat

  • April 27, 2026
  • Comments off

Home / RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT Penulisan ini membongkarkan 7 rahsia untuk mencapai kehidupan yang tenang dan berkat. Penulis Buku: Nor Aniza Mad Azeri Lain-lain Terbitan

Read More

Inspirasi Al-Quran Panduan Hidup Dunia & Akhirat

  • April 27, 2026
  • Comments off

Home / Inspirasi Al-Quran Panduan Hidup Dunia & Akhirat Buku ini mengandungi topik Al-Quran dalam kehidupan. Setiap tajuk yang dipaparkan dimulakan dengan satu ayat Al-Quran sebelum huraian dimulakan. Penulis Buku: Ahmad Shukri Yusof Lain-lain Terbitan

Read More

Rahmat Sekalian Alam

  • April 23, 2026
  • Comments off

Home / RAHMAT SEKALIAN ALAM Sifat rahmat perlu dimiliki. Tercabut sifat ini daripada diri maka hilanglah sifat manusiawi Editorial Team: Ahmad Shukri Yusof Lain-lain Terbitan

Read More