AZKA Corner Digital @ UPTM

AZKA Corner Digital @ UPTM

  • Post by:
  • February 13, 2025
  • Comments off

13 Februari 2025, Khamis

AZKA CORNER DIGITAL PERTAMA KINI DI UPTM
 
Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menjadi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang dilengkapi kemudahan AZKA Corner Digital.
 
Ini selepas ruangan sedia ada dinaiktaraf daripada penggunaan bahan bacaan zakat dan wakaf dalam bentuk fizikal kepada digital dengan penggunaan dua komputer sumbangan PPZ-MAIWP.
 
Antara kandungan yang dapat diakses termasuk buku-buku, laporan kajian, jurnal rujukan berkaitan zakat dan wakaf hasil terbitan Akademi Zakat (AZKA) PPZ-MAIWP dan penerbit lain bagi kemudahan pelajar dan pensyarah.
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor UPTM, Prof Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Sheikh dan Penolong Pengurus Besar Penyelidikan dan Pembangunan PPZ-MAIWP, Hj Khairulazhar Samsudin.
 
AZKA Corner UPTM telah tersedia sejak perasmiannya pada tahun 2023 dan telah dinaiktaraf selepas genap dua tahun menjadi sumber rujukan pelajar dan pensyarah.
 
Terima kasih kepada UPTM atas komitmen dalam menyokong usaha dakwah zakat, semoga AZKA Corner Digital ini menjadi sumber ilmu bermanfaat seterusnya memberi inspirasi buat warganya untuk terus bersama PPZ-MAIWP memperkasa zakat dan wakaf.
Categories: Article, Past Events