Perasmian OCBC AL-AMIN AZKA-PPZ CORNER @ UniKL

Perasmian OCBC AL-AMIN AZKA-PPZ CORNER @ UniKL

  • Post by:
  • March 4, 2025
  • Comments off

4 Mac 2025, Sabtu

OCBC AL-AMIN AZKA-PPZ CORNER UNIKL BERI RUANGAN KHUSUS PEMAHAMAN ZAKAT, WAKAF DAN KEWANGAN SOSIAL ISLAM.
 
Sudut bacaan OCBC Al-Amin AZKA-PPZ di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sedia ruangan dengan akses kepada bahan bacaan ilmiah fizikal dan digital berkaitan zakat, wakaf dan kewangan sosial Islam.
 
Ini adalah simbol komitmen PPZ-MAIWP dalam memperkukuh dakwah zakat serta wakaf dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat pelajar dan warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
 
Perasmian OCBC Al-Amin AZKA-PPZ Corner ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Bank Berhad, Tuan Syed Abdull Aziz Jailani Syed Kechik, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP En. Mohammed Hassan, dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof. Ir. Dr. Azman Senin.
 
Diharapkan OCBC Al-Amin AZKA-PPZ Corner ini akan menjadi pusat rujukan bagi mahasiswa, pensyarah dan seluruh warga UniKL.
Turut diadakan dalam majlis ini ialah penyerahan sumbangan ‘Gerobok Rezeki’ UniKL daripada wakalah zakat OCBC Al-Amin berjumlah RM15,437.00 sebagai usaha membantu kebajikan mahasiswa UniKL.
Categories: Article, Past Events