Dalam Islam, terdapat suatu kaedah pembahagian harta pusaka yang dikenali sebagai Faraid. Ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada). Sungguhpun begitu, masih ramai yang belum cakna tentang pengurusan harta pusaka Islam apatah lagi sekiranya ia dikaitkan dengan Zakat.
Akademi Zakat (AZKA), Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) terpanggil untuk menganjurkan webinar bersiri ini bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengurusan harta pusaka menurut Islam, disamping memasukkan elemen zakat terhadapnya.
Kelebihan menyertai webinar bersiri ini: 1. Memahami pengurusan dan perancangan harta pusaka. 2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form disediakan. 3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 4. Percuma.
Kandungan Webinar Bersiri: Cakna Pengurusan Pusaka Islam
Pengurusan Harta Pusaka Islam Menurut Perspektif Maqasid al-Syariah
Hibah dan Wisayah Dalam Perancangan Harta
Isu-isu dalam Tuntutan Harta Pusaka di Mahkamah Syariah Malaysia
Perancangan Harta Umat Islam: Tinjauan Terhadap Undang-Undang Islam di Malaysia
Harta Yang Tidak Dituntut: Punca dan Penyelesaiannya.
Perancangan Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Islam

SIRI 1:
PENGURUSAN HARTA PUSAKA ISLAM MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH
Pembentang: Prof Madya Dr. Jasni Sulong – Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM).