WEBINAR BERSIRI: CAKNA PENGURUSAN PUSAKA ISLAM

Dalam Islam, terdapat suatu kaedah pembahagian harta pusaka yang dikenali sebagai Faraid. Ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada). Sungguhpun begitu, masih ramai yang belum cakna tentang pengurusan harta pusaka Islam apatah lagi sekiranya ia dikaitkan dengan Zakat.

Akademi Zakat (AZKA), Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) terpanggil untuk menganjurkan webinar bersiri ini bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengurusan harta pusaka menurut Islam, disamping memasukkan elemen zakat terhadapnya.

Kelebihan menyertai webinar bersiri ini:
1. Memahami pengurusan dan perancangan harta pusaka.
2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form disediakan.
3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan.
4. Percuma.

Kandungan Webinar Bersiri: Cakna Pengurusan Pusaka Islam

SIRI 1:

PENGURUSAN HARTA PUSAKA ISLAM MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH

  • Pembentang: Prof Madya Dr. Jasni Sulong – Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM).
  • Moderator: En. Muhamad Hazri Sayuti – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung pada 16 Feb 2023.
  • Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-2 di bawah.

 

Muat turun Slide Pembentangan Siri 1:

Tonton siaran rakaman Siri-1:

SIRI 2:

KEPENTINGAN MERANCANG HARTA PUSAKA

  • Pembentang: En. Mohd Irwan Abu Zahar – Pengurus Wilayah, Cawangan Wilayah Tengah, As-Salihin Trustee Berhad.
  • Moderator: En. Muhamad Hazri Sayuti – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung pada 14 Mac 2023.
  • Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-3 di bawah.

 

Muat turun Slide Pembentangan Siri 2:

Tonton siaran rakaman Siri-2:

SIRI 3:

ISU-ISU DALAM TUNTUTAN HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

  • Pembentang: Dr. Mohd Nirhusairi Mat Hussin – Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
  • Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung pada 13 April 2023.
  • Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-4 di bawah.

 

Muat turun Slide Pembentangan Siri 3:

Tonton siaran rakaman Siri-3:

SIRI 4:

PERANCANGAN HARTA UMAT ISLAM: TINJAUAN TERHADAP UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

  • Pembentang: Ust. Mohd Ali Mohd Yusuf – Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).
  • Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung pada 18 Mei 2023.
  • Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-5 di bawah.

 

Muat turun Slide Pembentangan Siri 4:

Tonton siaran rakaman Siri-4:

SIRI 5:

HARTA YANG TIDAK DITUNTUT: PUNCA DAN PENYELESAIANNYA

  • Pembentang: Puan Norhanisah Johar – Peguam Syarie, Norhanisah Pidaus & Associates PLT
  • Moderator: En. Muhamad Hazri Sayuti – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung: 6 Jun 2023
  • Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-6 di bawah.

 

Muat turun Slide Pembentangan Siri 5:

Tonton siaran rakaman Siri-5:

SIRI 6:

PERANCANGAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENGIKUT ISLAM

  • Pembentang: Ust. Nordin Bin Mat Piah, Pensyarah Jabatan al-Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung pada 6 Julai 2023.
  • Sila daftar di bawah sekiranya telah menonton kesemua siri.

 

Muat turun Slide Pembentangan Siri 6:

Tonton siaran rakaman Siri-6:

LENGKAPKAN KESELURUHAN SIRI DAN DAFTAR PENCAPAIAN ANDA DI PAUTAN BERIKUT:

Kongsikan ilmu: