Mari sertai webinar bersiri al-Dayn bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang realiti hutang dalam kehidupan seharian kita. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh info dan perkembangan terkini berkenaan hutang. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk ketiga-tiga siri ini:
Kelebihan menyertai webinar bersiri ini:
1. Memahami lebih mendalam tentang perbahasan tentang hutang dari perspektif syarak.
2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form diperlukan.
3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan.
4. Penyertaan percuma.
Kandungan Webinar Bersiri: Al-Dayn: Realiti Hutang
- Hutang dari Perspektif Syarak
- Pengaruh Tingkah Laku Berhutang
- Kesan Psikologi Terhadap Orang Berhutang
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang hutang dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat!
SIRI 1:
HUTANG DARI PERSPEKTIF SYARAK
- Pembentang: Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin – Konsultan Syariah Institusi Kewangan Islam
- Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat – Eksekutif AZKA-PPZ.
- Berlangsung pada 2 Mei 2024.
- Dalam siri ini, kita akan meneliti apakah yang dimaksudkan dengan hutang dan aplikasi dan kesan hutang dalam masyarakat. Al-Fadhil Ustaz Wan Rumaizi W.Husin akan membawakan teori, kajian kes dan perbahasan terkini. Mari ketahui hutang dunia moden ini dengan lebih meluas.
- Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-2 di bawah.