Mari sertai webinar bersiri al-Dayn bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang realiti hutang dalam kehidupan seharian kita. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh info dan perkembangan terkini berkenaan hutang. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk ketiga-tiga siri ini:
Kelebihan menyertai webinar bersiri ini:
1. Memahami lebih mendalam tentang perbahasan tentang hutang dari perspektif syarak. 2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form diperlukan. 3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 4. Penyertaan percuma.
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang hutang dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat!
SIRI 1:
HUTANG DARI PERSPEKTIF SYARAK
Pembentang: Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin – Konsultan Syariah Institusi Kewangan Islam
Dalam siri ini, kita akan meneliti apakah yang dimaksudkan dengan hutang dan aplikasi dan kesan hutang dalam masyarakat. Al-Fadhil Ustaz Wan Rumaizi W.Husin akan membawakan teori, kajian kes dan perbahasan terkini. Mari ketahui hutang dunia moden ini dengan lebih meluas.
Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-2 di bawah.