Webinar

AZKA Live Webinar Teknologi Blockchain Berasaskan Kontrak Pintar Dalam Memastikan Keberkesanan Dan Ketelusan Pungutan Zakat

Kewangan Sosial Islam melalui instrumen seperti zakat, wakaf dan sedekah amat relevan dalam menangani jurang kemiskinan dan membantu sosioekonomi negara. Hal ini penting kerana instrumen ini turut memberi impak penting dalam meningkatkan daya tahan kewangan dan kesejahteraan sosial melalui pengagihan kekayaan dan pendapatan di dalam masyarakat.

Seiring dengan perkembangan transaksi digital, kepelbagaian aplikasi teknologi banyak menyokong perkhidmatan urusniaga yang dijalankan oleh individu mahupun organisasi dengan lebih pantas, telus dan cekap tidak terkecuali dalam pengurusan zakat. Ledakan fenomena teknologi ini turut dirasai oleh institusi zakat khususnya dalam penggunaan teknologi Blockchain.

Teknologi Blockchain ini mampu memberi sesuatu transaksi data itu tidak dapat diputuskan dan berfungsi sebagai penjaga pintu akses untuk data berfungsi secara automatik terutamanya jika menggunakan kaedah kontrak pintar.

Kontrak Pintar yang dikepilkan bersama transaksi zakat mampu menjamin kebolehkesanan, ketelusan dan keyakinan ke atas transaksi zakat dan seterusnya bukan sahaja mampu meningkatkan jumlah pungutan zakat di peringkat negeri dan juga negara malah mampu meningkatkan keberkesanan agihan kepada penerima-penerima zakat.

Ayuh mari kita tontoni Live Webinar Teknologi Blockchain Berasaskan Kontrak Pintar Dalam Memastikan Keberkesanan dan Ketelusan Pungutan Zakat yang akan dibentangkan oleh dua pembentang tersohor dari Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi dan Dr. Azuan Ahmad dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Penyertaan adalah PERCUMA. E-SIJIL PENYERTAAN disediakan. Pendaftaran melalui Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung



Webinar akan disiar secara langsung di laman sosial rasmi Facebook dan Youtube PPZ-MAIWP