8 Feb 2025
Kajian pembinaan Matlamat Pembangunan Zakat (ZDGs); memenuhi keperluan kerangka pelaksanaan zakat yang mantap.
Alhamdulillah, satu sesi perbincangan ilmiah telah berjaya diadakan, menghimpunkan pakar dalam bidang pengurusan zakat, ekonomi Islam, serta pembuat dasar bagi membangunkan kerangka Zakat Development Goals (ZDGs) yang sistematik dan berpandukan prinsip Islam.
Perbincangan ini dipimpin oleh barisan penyelidik berpengalaman seperti Prof. Emeritus Dr. Muhammad Syukri Salleh, Dr. Wan Norhaniza Wan Hasan, dan Dr. Shereeza Mohamed Saniff, yang meneliti serta mengintegrasikan pandangan ilmiah daripada pelbagai pihak.
Antara aspek utama yang dibincangkan termasuk keperluan mewujudkan kerangka pelaksanaan zakat yang kukuh, dengan matlamat yang jelas serta struktur dan disiplin yang tersusun bagi memperkasakan sistem zakat. Pelbagai idea bernas turut dikongsi, merangkumi strategi bagi memperkukuh pengurusan dan pembangunan zakat agar lebih berkesan dan mampan.
Perbincangan ini turut disertai oleh wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), agensi mengurus zakat (AMZ), badan korporat, pihak bank, ahli akademik, serta wakil World Zakat Waqf Forum, yang bersama-sama menyumbang pandangan ke arah pemantapan ekosistem zakat.
Diharapkan, inisiatif ini dapat mengangkat agenda zakat ke tahap yang lebih tinggi, sekaligus memberi impak besar dalam memperkasakan sistem zakat di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Round Table Discussion – Zakat Development Goals (ZDGs) ini merupakan anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi Akademi Zakat (AZKA) dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM).
Research on the development of Zakat Development Goals (ZDGs); meet the requirements of a robust zakat implementation framework.
Alhamdulillah, a scientific discussion session was successfully held, bringing together experts in the field of zakat management, Islamic economics, as well as policy makers to develop a systematic framework of Zakat Development Goals (ZDGs) guided by Islamic principles.
This discussion is led by a line of experienced researchers such as Prof. Emeritus Dr. Muhammad Syukri Salleh, Dr. Wan Norhaniza Wan Hasan, and Dr. Shereeza Mohamed Saniff, who examines and integrates scientific views from various parties.
Among the main aspects that were discussed included the need to create a strong zakat implementation framework, with clear goals and structured structure and discipline to empower the zakat system. Various brilliant ideas were also shared, including strategies to strengthen the management and development of zakat to be more effective and sustainable.
This discussion was also attended by representatives of the State Islamic Religious Council (MAIN), zakat managing agency (AMZ), corporate bodies, banks, academics, as well as representatives of the World Zakat Waqf Forum, who together contributed views towards strengthening the zakat ecosystem.
It is hoped that this initiative can raise the zakat agenda to a higher level, at the same time making a big impact in empowering the zakat system in Malaysia and internationally.
Round Table Discussion – Zakat Development Goals (ZDGs) is organized by the Federal Territories Islamic Religious Council’s Zakat Collection Center (PPZ-MAIWP) through the Zakat Academy (AZKA) in collaboration with the Islamic Development Management Study Center (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM).