Live Webinar: Belum Isytihar Cukai Pendapatan Tahun 2020? Ini Yang Perlu Anda Tahu

Live Webinar: Belum Isytihar Cukai Pendapatan Tahun 2020? Ini Yang Perlu Anda Tahu

Live Webinar
24 Mar 2021

Tahukah anda setiap individu dan perniagaan yang memenuhi syarat bayar cukai perlu menyerahkan borang taksiran secara atas talian melalui sistem e-filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). LHDN telah mengumumkan tarikh pengisytiharan cukai pendapatan adalah pada 01 Mac hingga 30 April 2021 bagi kategori yang tidak menjalankan perniagaan dan 01 Jun hingga 30 Jun 2021 bagi kategori yang menjalankan perniagaan.

Bagi anda yang mungkin pertama kali atau sudah berpengalaman melakukan potongan cukai pasti tertanya  keperluan dokumen dan langkah-langkah yang harus dilakukan. Webinar ini akan membawakan teknik dan cara pengisian borang taksiran cukai pendapatan anda dengan lebih mudah menerusi sistem e-Filling. Mari tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

Mari dengarkan perkongsian Webinar Belum Isytihar Cukai Pendapatan Tahun 2020: Ini Yang Perlu Anda Tahu yang dibentangkan oleh pegawai LHDNM. Webinar dimoderatorkan oleh En Azhan Ismail, Ketua Pegawai Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).


From Media