AZKA Live Webinar: Urus Kewangan Anda 2021
- Post by: AZKA
- January 14, 2021
- Comments off
Tahun 2020 merupakan satu tamparan hebat di dalam kehidupan kita. Kesan Pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita benar-benar mengubah ekonomi dan cara hidup kita semua dengan norma baharu. Mungkin ada dikalangan kita yang terkesan disebabkan kehilangan pekerjaan dan kekurangan wang simpanan.
Namun begitu, kita tidak boleh mengalah dan ayuh bangkit merancang azam baru terutama dalam aspek penjagaan kewangan 2021. Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini sememangnya telah membuka mata kita betapa pentingnya untuk membuat simpanan bagi kegunaan masa genting.
Mari dengarkan perkongsian Urus Kewangan Anda 2021 bersama tokoh akademik Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Timbalan Dekan Pengajian Siswazah Dan Jaringan Industri & Masyarakat, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Webinar dimoderatorkan oleh En Azhan Ismail, Pengurus Besar Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).
Muat turun kertas kerja pembentangan dan sijil penyertaan dibawah: