Urus Pendapatan, Kejar Keberkatan: Pesanan PU Amin & Nabila Razali Buat Bakal Pendidik IPGKIK
24 JUN 2026 – Sekitar sorotan suasana meriah Program Sahabat Zakat @ IPGKIK yang berlangsung hari ini di Dewan Dato’ Razali Ismail. Program yang dihadiri lebih 300 orang warga kampus IPGKIK ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Program strategik anjuran PPZ-MAIWP ini juga menampilkan dua panel jemputan khas, iaitu PU Amin dan Nabila Razali. Selain meningkatkan kesedaran mengenai kewajipan berzakat, sesi dialog interaktif ini turut menekankan aspek pengurusan kewangan bagi mendepani cabaran ekonomi khususnya buat golongan muda yang telahpun memperolehi pendapatan sendiri.
Antara intipati penting perkongsian barisan panel termasuklah nilai keberkatan dalam gaji yang diperolehi. Di samping itu, PU Amin dan Nabila Razali turut menekankan bahawa konsep memberi menerusi zakat dan sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menjadi pemangkin kepada keberkatan dan kelestarian rezeki yang diperoleh.
Alhamdulillah, kami di pihak PPZ-MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPGKIK, barisan panel, serta seluruh warga kampus yang menjayakan program ini.
Semoga pengisian ini mampu melahirkan barisan bakal pendidik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah bijak dan berintegriti dalam menguruskan kewangan harian.
#SahabatZakat
#IPGKIK
#PPZMAIWP
#PengurusanKewangan
#KesedaranZakat
#BakalPendidik





