Pelajar-pelejar Diploma Kewangan Islam (DIF) dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Nilai telah berkunjung bagi mengadakan lawatan akademik ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) di Bahagian Akademi Zakat. Lawatan telah berlangsung pada 14 April 2025 (Isnin) melibatkan seramai 22 orang pelajar.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan secara langsung berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada pelajar semester tiga bagi kursus DPD30103 – Islamic Social Finance. Fokus lawatan ini adalah untuk memahami secara lebih mendalam mengenai proses kutipan dan agihan zakat, khususnya kepada golongan asnaf fisabilillah. Ia juga merupakan peluang bagi pelajar untuk melihat bagaimana konsep fiqh zakat diaplikasikan dalam sistem pengurusan moden.
Di samping itu, pihak politeknik turut menyatakan minat yang tinggi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai inisiatif AZKA Corner yang telah dilaksanakan di beberapa institusi pendidikan lain di Malaysia. Mereka berminat untuk meneroka potensi kerjasama dengan PPZ-MAIWP dalam merealisasikan AZKA Corner di Politeknik Nilai sebagai usaha memperluas akses ilmu zakat kepada para pelajar.