AZKA Webinar: Cakna Zakat: Agihannya di Mana? (Siri 1 bersama KPBKL)

AZKA Webinar: Cakna Zakat: Agihannya di Mana? (Siri 1 bersama KPBKL)

  • Post by:
  • June 21, 2024
  • Comments off

Assalamualaikum wbt Tuan/Puan,

Mari sertai webinar khas “Cakna Zakat: Agihannya di Mana”  (Siri 1 Bersama Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur) bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana agihan zakat dilaksanakan secara efektif. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh info dan perkembangan terkini berkenaan agihan zakat ini. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk webinar ini.

Webinar ini akan diadakan pada 26 Jun 2024 (Rabu) membawa tajuk  Cakna Zakat: Agihannya di Mana” (Siri 1 Bersama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur) seperti berikut:

📌 Pembentang: Ustazah Rohayu binti Yusoff (Timb. KPE Akademik & Penyelidikan KPBKL)
📌 Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat (Eksekutif AZKA-PPZ)
📆 Tarikh: 26 Jun 2024 (Rabu)
🕰 Masa: 10.30 am – 12.00 tgh
🖥 Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP

 Dalam siri ini, kita akan meneliti apakah peranan KPBKL dari sudut impak pengagihan zakat kepada institusi pendidikan. Ustazah Rohayu akan membawakan pencerahan  yang memberi peluang untuk kita mengetahui bagaimana harta yang kita zakatkan memberi kesan kepada ummah terutama kepada golongan fisabilillah. Mari ketahui hal tersebut dengan lebih meluas. 

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang impak zakat dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat. SIJIL PENYERTAAN akan diberikan. Jom war-warkan kepada rakan-rakan yang lain! 

Lets Watch

Siaran rakaman di bawah:

Categories: Past Events, Webinar