WEBINAR BERSIRI: FIQH ZAKAT KONTEMPORARI EDISI 2023

Mari sertai webinar bersiri Fiqh Zakat Kontemporari Edisi 2023 bagi mendapatkan pemahaman mendalam tentang zakat dalam konteks aset digital, pelaburan, dan simpanan KWSP. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh maklumat terkini dalam bidang zakat. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk ketiga-tiga siri ini:

Kelebihan menyertai webinar bersiri ini:

1. Memahami lebih mendalam tentang perbahasan fiqh zakat kontemporari.
2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form diperlukan.
3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan.
4. Penyertaan percuma.

Kandungan Webinar Bersiri: Fiqh Zakat Kontemporari Edisi 2023

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang zakat dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat!

SIRI 1:

FIQH ZAKAT ASET DIGITAL: KAJIAN DAN PERBAHASAN TERKINI

  • Pembentang: Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhlas bin Rosele – Universiti Malaya.
  • Moderator: En. Muhamad Hazri Sayuti – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung pada 14 September 2023.
  • Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-2 di bawah.


 
Muat turun Slide Pembentangan Siri 1:

  • Dalam siri ini, kita akan meneliti perkembangan terbaru dalam Fiqh Zakat berkaitan dengan aset digital. Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhlas bin Rosele akan membawakan kajian dan perbahasan terkini. Mari ketahui bagaimana zakat dikenakan kepada aset digital dalam dunia moden ini.

Tonton siaran rakaman Siri-1:

SIRI 2:

FIQH ZAKAT PELABURAN SAHAM, FOREX, FCPO DAN CRYPTOCURRENCY

  • Pembentang: En. Loqmanulhakim Hussain – Penasihat Syariah Bank Pembangunan Malaysia Berhad
  • Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung pada 26 Oktober 2023.
  • Sekiranya telah selesai, sila teruskan menonton tayangan Siri-3 di bawah.

Muat turun Slide Pembentangan Siri 2:

Pada siri ini, kita akan meneroka Fiqh Zakat dalam konteks pelaburan. En. Lokmanulhakim Hussain, seorang pakar dalam bidang ini, akan berkongsi pandangan dan nasihat syariah berkaitan dengan zakat dalam pelaburan.

Tonton siaran rakaman Siri-2:

SIRI 3:

FIQH ZAKAT SIMPANAN KWSP: KAJIAN DAN PERBAHASAN

  • Pembentang: Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah bt Engku Ali – IIUM Kampus Gombak
  • Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat – Eksekutif AZKA-PPZ.
  • Berlangsung pada 9 November 2023.
  • Sekiranya telah selesai, sila daftar di pautan link di bawah.

 Muat turun Slide Pembentangan Siri 3:

Siri terakhir ini akan membincangkan Fiqh Zakat yang berkaitan dengan simpanan KWSP. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah bt Engku Ali, seorang profesor terkemuka dalam perbankan dan kewangan Islam, akan menjelaskan isu-isu penting yang berkaitan dengan zakat dalam simpanan KWSP.

Tonton siaran rakaman Siri-3:

LENGKAPKAN KESELURUHAN SIRI DAN DAFTAR PENCAPAIAN ANDA DI PAUTAN BERIKUT: