Assalamualaikum Dan Salam sejahtera,
Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya BPJI UiTMCT Dan Perpustakaan Cendekiawan ingin menjemput semua warga UiTMCT untuk menyertai program seperti maklumat di bawah:
Nama program: Perkongsian GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) : “UNLOCKING RESEARCH AND PUBLICATION OPPORTUNITIES”
Tarikh: 8 September 2025 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement , Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun
Live YouTube channel: Perpustakaan Cendekiawan
https://www.youtube.com/@perpustakaancendekiawan3682
Penceramah: Ir. Ts. Dr. Nurbaiti Binti Wahid , Pensyarah Kanan UiTMCT Fakulti Kejuruteraan Elektrik
LATAR BELAKANG PROGRAM:
Program ini merupakan inisiatif untuk memperkaya pengetahuan dan pengalaman dalam penyelidikan dan penerbitan. Dengan mengundang seorang pensyarah yang juga merupakan penyelia pelajar Pascasiswazah yang telah memenangi Geran Insentif Penyeliaan (GIP) dan FRGS, webinar ini bertujuan untuk berbagi strategi dan pengalaman dalam memilih dan mengembangkan topik penelitian yang relevan dan inovatif. Melalui sesi ini, diharapkan para peserta dapat memperoleh wawasan yang lebih mendalam tentang bagaimana menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti dan memenuhi keperluan universiti dan industri.
Semua dijemput hadir.
Jam latihan staf UiTM disediakan.
Sekian, terima kasih
Lets Watch
Siaran rakaman di bawah:
