Pengenalan Manhaj Fiqh Shafi’e: Perkembangan Dan Isu-Isu Berkaitannya Di Malaysia

Pengenalan Manhaj Fiqh Shafi’e: Perkembangan Dan Isu-Isu Berkaitannya Di Malaysia

  • Post by:
  • May 15, 2025
  • Comments off

Ringkasan

Mazhab Shafi’e telah menjadi teras amalan fiqh umat Islam di Alam Melayu sejak abad ke-12, khususnya di Malaysia. Penulisan ini menelusuri sejarah Imam Shafi’e, metodologi istinbatnya, serta penyebaran mazhab ini di dunia Melayu. Ia turut membincangkan sumber-sumber hukum utama seperti al-Quran, Sunnah, Ijmak, Qiyas, serta pendirian terhadap istihsan.

Mazhab Shafi’e berkembang pesat melalui tokoh-tokoh besar seperti al-Nawawi dan al-Rafi’i, serta kitab-kitab penting seperti al-Umm, al-Risalah, dan al-Majmu’.

Dalam konteks zakat, ia memperincikan isu seperti fi sabilillah, pembahagian zakat, zakat kepada bukan Islam dan zakat hutang. Di Malaysia, walaupun pentadbiran Syariah tidak terikat mutlak dengan mazhab ini, fatwa kebanyakannya merujuk kepada qawl muktamad Shafi’e. Penulisan ini menyarankan kesinambungan pengaruh Shafi’e disokong demi kesepaduan hukum dan kesejahteraan masyarakat Islam tempatan.

Penulis

Dr. Muhammad Pisol Bin Mat Isa

Dr. Hamidah Binti Mat

Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Open Universiti Malaysia (OUM)