Faktor Mempengaruhi Medium Promosi Pungutan Zakat Dan Kesesuaian Aplikasi

Faktor Mempengaruhi Medium Promosi Pungutan Zakat Dan Kesesuaian Aplikasi

  • Post by:
  • April 25, 2025
  • Comments off

Ringkasan Eksekutif

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan medium promosi yang digunakan oleh institusi zakat dalam meningkatkan kesedaran dan niat masyarakat untuk menunaikan zakat. Walaupun pelbagai pendekatan telah diambil, kutipan zakat masih belum mencapai tahap optimum, terutamanya dalam kalangan usahawan, penjawat awam, dan golongan berpendapatan tinggi.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa media sosial dan aplikasi digital mempunyai potensi besar untuk meningkatkan kesedaran zakat, namun memerlukan strategi yang lebih bersasar. Kepercayaan terhadap institusi zakat, kemudahan akses, serta kandungan promosi yang jelas dan menarik turut dikenal pasti sebagai faktor utama yang mempengaruhi niat pembayaran zakat.

Kajian ini mengesyorkan agar institusi zakat memperkukuhkan promosi digital melalui penggunaan visual kreatif, interaksi media sosial, dan penyediaan platform pembayaran zakat yang mesra pengguna. Selain itu, ketelusan dalam pengurusan zakat dan penyampaian maklumat secara lebih konsisten perlu diberi perhatian untuk membina kepercayaan masyarakat.

Kesimpulannya, institusi zakat perlu mengadaptasi pendekatan pemasaran digital yang dinamik, meningkatkan kepercayaan pengguna, serta memperbaiki sistem pembayaran bagi memastikan kutipan zakat yang lebih berkesan dan mampan. Dapatan ini diharap dapat menjadi panduan berguna kepada Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam memperkasa pengurusan zakat di Malaysia.

Researchers

Dr. Mohd Faizun Mohamad Yazid

Dr. Khairul Shahida Shabi

Dr. Nasution Ismail

Prof. Madya Dr. Affendy Abu Hassim

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School