Pada asasnya zakat dan cukai adalah dua perkara yang berbeza. Zakat merupakan Rukun Islam ke tiga dan hukumnya wajib bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Cukai pula adalah suatu peraturan atau bentuk bayaran yang dikenakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan negara ke atas individu atau syarikat yang mempunyai pendapatan.
Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu asnaf dan fakir miskin untuk hidup seperti mana insan lain. Cukai pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain.
Persoalan yang sering bermain di minda masyarakat kita adalah Kalau Dah Bayar Zakat, Perlu ke Bayar Cukai? Antara zakat dan cukai, perlu ke bayar kedua-duanya? Atau boleh bayar salah satu? Betul ke Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai.
Untuk menjawab persoalan ini, jom bersama kami dalam Webinar Sembang-Sembang ASNB dengan topik “Kalau Dah Bayar Zakat, Perlu ke Bayar Cukai?” bersama Encik Muhamad Hazrin Sayuti, Pegawai Zakat AZKA-PPZ pada 5 April 2024 (Jumaat) jam 10.30 pagi secara langsung menerusi Teams. Jumpa anda di sana!
Klik link berikut untuk menyertai webinar melalui Teams :
Short Link : https://bit.ly/49bLLPg Meeting ID: 461 104 432 002 Passcode: Pb3Ak5