Hari ini telah diadakan Siri Khas Perkongsian Ilmu bersama Akademi Zakat – PPZ MAIWP : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat dari Institusi Korporat yang disampaikan oleh Prof. Dr. Roshayani Binti Dato’ Arshad (Chief Executive INTEC Education College). Program 1 jam ini telah mengupas pelbagai isu berkaitan zakat untuk pengetahuan semua .
Program ini adalah bertujuan untuk berkongsi hasil penemuan penyelidikan zakat terkini kepada seluruh masyarakat Islam dimana kajian ini telah bermula pada 2019 dan sehingga kini, terdapat 9 siri yang berjaya diterbitkan. Kajian ini bertajuk ‘Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat Dari Institusi Korporat’ dimana kajian ini turut dijayakan bersama 3 ahli kumpulan yang lainnya iaitu Prof Madya Dr. Ruhaini Muda, Prof Madya Dr. Rina Fadhilah Ismail dan Zuraidah Mohd Zam.
Terima kasih Prof. Dr. Roshayani Binti Dato’ Arshad atas kesudian bekerjasama dengan kami, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Semoga sesi ini dapat dimanfaatkan kepada kita semua.
Saksikan Rakaman Webinar Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat dari Institusi Korporat