Siri Khas Perkongsian Ilmu Bersama AZKA
- Post by: AZKA
- April 13, 2022
- Comments off
Hari ini telah diadakan Siri Khas Perkongsian Ilmu bersama Akademi Zakat – PPZ MAIWP dengan tajuk ‘Kutipan Zakat Rentas Sempadan – Teori Fiqh dan Realiti di Malaysia’ yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Ikhlas Bin Rosele (Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) disamping Puan Noor Ayesha Binti Mohd Ezanee (Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTMKL) selaku moderator.
Siri khas yang ringkas namun padat ini menjelaskan bahawa, pentadbiran zakat di Malaysia adalah di bawah kuasa setiap negeri dan sekaligus menjawab pelbagai soalan antaranya berkaitan kutipan zakat diluar sempadan negeri dan penjelasan lanjut mengenai tempat pembayaran zakat itu perlu dibayar adalah dimana tempat harta itu berada. Jelas bahawa zakat adalah wajib bagi setiap individu yang mampu walau di mana jua mereka berada. Namun, perlu jelas maklum berkenaan kadar dan tempat samada individu atau harta itu berada.
Terima kasih Dr. Muhammad Ikhlas Bin Rosele atas kesudian untuk bekerjasama bersama Perpustakaan UTM Kuala Lumpur dan diharapkan info ini dapat dimanfaatkan untuk semua.