Discussion Session with Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar for Upcoming Event

Discussion Session with Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar for Upcoming Event

  • Post by:
  • January 13, 2022
  • Comments off

Sesi perbincangan bersama Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP berhubung perancangan penganjuran 1st MAIWP International Social Economy Conference (MISEC 2022) diadakan di ibu pejabat Amanie Group.

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan Kertas Konsep MISEC 2022 agar gerak kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Secara asasnya objektif program tersebut adalah untuk:-

  • Menghimpunkan ahli akademik dan pengamal untuk membentangkan dan membincangkan persoalan yang berkaitan dengan kemiskinan bandar dan zakat. Khususnya, persidangan itu akan memberi tumpuan kepada aspek perundangan Islam dari perspektif baru berkaitan kemiskinan bandar dan kaitannya dengan zakat, yang dan implikasi pelaksanaan terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
  • Semakan dan kajian semula bentuk agihan antara konsep konsumtif dan produktif dengan pemberdayaan dan pemerkasaan asnaf
  • Peluasan maksud agihan menerusi kaedah pemilikan yang berasaskan Milk Al Tam kepada Milk Al Manfaah (pemilikan menerusi manfaat)      

MISEC 2022 dijangkan akan diadakan pada bulan Mei 2022 yang melibatkan peserta antarabangsa dan tempatan.

Categories: Past Events
Tagged: