AZKA Corner yang kelapan ditubuhkan di Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan di Putrajaya. Ditubuhkan pada Mac 2022 dan merupakan AZKA Corner yang pertama di tubuhkan selain di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penubuhan ini sekaligus mengeratkan kerjasama yang sudah lama terjalin dengan Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan.
Usaha murni ini merupakan satu usaha demi mengangkat zakat kepada perhatian awam. Buku-buku zakat yang disediakan di sudut bacaan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh individu mahupun syarikat yang melawat ke Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan.