Dimensi Baharu Zakat Di Malaysia

Dimensi Baharu Zakat Di Malaysia

  • Post by:
  • September 25, 2021
  • Comments off

Chapter in Book

Dimensi Baharu Zakat di Malaysia

Sistem zakat dan filantropi amnya telah berkembang pesat diseluruh dunia. Di Malaysia khasnya, sistem zakat ini semakin diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan jaminan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang besar, maka ia perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kewangan Islam negara. Bidang zakat serta kehartaan umat Islam sangat penting untuk dibincangkan oleh para akademik dan badan pelaksana sebagai satu platform terbaik untuk meletakkan bidang pengurusan harta Islam sejajar dengan bidang-bidang lain yang sedang bergerak maju ke hadapan. Usaha melestari sistem ekonomi Islam khususnya filantropi seperti zakat sangat penting dalam meningkatkan kehidupan sosio-ekonomi umat Islam.

Terdapat pelbagai isu kontemporari khasnya tentang zakat dalam aspek fiqh, pengurusan, dakwah, pendidikan, perundangan, dan sebagainya perlu dikongsi oleh ahli akademik, sarjana Islam serta pemain industri bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada masyarakat. Kesemua konsep yang diutarakan melalui buku ini harus mampu untuk diketengahkan dalam aliran arus perdana supaya berupaya untuk mendepani arus globalisasi ekonomi dunia yang semakin mencabar, apatah lagi menjalani situasi ekonomi pasca pandemik COVID-19. Sudah tiba masanya masyarakat Islam untuk didik dengan kebertanggungjawaban sosial dengan memperkasa budaya memberi dalam kehidupan, bukan mengejar keuntungan dunia semata-mata. Masyarakat yang diterapkan dengan perasaan kasih sayang, keprihatinan dan kepedulian sudah tentu dapat menstabilkan kehidupan masyarakat kini yang sedang mengalami detik-detik mencabar, bukan sahaja dalam aspek ekonomi, malah survival manusia.

Adalah diharapkan agar penerbitan buku ini dapat menjadi wadah diskusi yang sangat penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang bidang zakat. Usaha ini perlu dipergiat lebih lagi supaya bahan-bahan bacaan berkaitan subjek yang amat penting ini tidak putus dan terhenti setakat ini sahaja. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penerbit, para editor dan semua penulis buku ini, kerana telah berjaya mewujudkan wadah dakwah zakat khusus kepada masyarakat.

Semoga usaha yang dicurahkan dalam menerbitkan buku ini mendapat ganjaran dan pahala disisi Allah SWT.

Share:

Article by Topic

Fiqh Zakat

Authors:

Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Bin Abdullah

Authors:

Mohd Izzuddin Bin Mohd Noor & Fatimah Nadirah Binti Mohd Noor

Authors:

Muhammad Safwan Harun, Muhammad Ikhlas Rosele & Saiful Islam Nor Mohd Zulkarnain

Authors:

Nor Aini Ali, Suhaili Sarif , Nor ‘Azzah Kamri & Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi

Authors:

Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Bin Abdullah

Authors:

Muhammad Ikhlas Rosele , Luqman Hj. Abdullah & Wan Marhaini Wan Ahmad

Pentadbiran Zakat

Authors:

Mohd Adib Abd Muin, Mohd Sollehudin Shuib, Azizah Che Omar, Mohd Faisal Mustaffa & Mohd Suraidi Saad

Authors:

Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan

Authors:

Mohd Syakir Mohd Rosdi & Mohammad Najwa Mohamed Hasbullah

Authors:

Suhaili Sarif & Muhsin Nor Paizin

Authors:

Khairul Azhar Meerangani, Mohd Zaid Mustafar, Mohammad Fahmi Abdul Hamid & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz

Editorial Team

Muhammad Ikhlas Rosele

Universiti Malaya

Mohamad Noor Sahidi Johari

Akademi Zakat

Muhsin Nor Paizin

Akademi Zakat

Categories: Past Events