AZKA Live Webinar: Teknik Bacaan Pantas Golongan Pekerja
- Post by: AZKA
- February 26, 2021
- Comments off
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Membaca itu tidak hanya pada zahir saja namun ia memerlukan satu teknik agar apa yang dibaca itu mendatangkan kefahaman.
Masalah sering timbul apbila ada segelintir pekerja yang gagal menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan. Bukan itu sahaja, kelemahan dalam kemahiran membaca yang baik dan berkesan menyebabkan pekerja tersebut menjadi malas untuk membaca yang akhirnya akan merugikan pekerja itu sendiri.
Mari dengarkan ulangan Teknik Bacaan Pantas Bagi Golongan Pekerja bersama Pustakawan En Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman Pustakawan Kanan, Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Webinar dimoderatorkan oleh En Muhammad Fakhrurrazy Md Ariff, Pengurus Kanan Penerbitan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).
Muat turun Kertas Kerja Pembetangan oleh En Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman dan Sijil Penyertaan kepada yang telah mendaftar webinar ini.