AZKA Live Webinar: Pemerkasaan Tadbir Urus Institusi Zakat
- Post by: AZKA
- July 29, 2021
- Comments off
Di Malaysia, urusan kutipan dan pengagihan zakat adalah tertakluk dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Sedia maklum urusan pentadbiran bagi kutipan dan agihan zakat adalah merupakan kuasa negeri. Oleh yang demikian, setiap negeri mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam memajukan institusi zakat tersebut.
Pentadbiran institusi zakat yang berkesan dapat meningkatkan tahap sosio ekonomi umat islam dan merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta mampu melonjakkan potensi zakat sebagai instrumen pembangunan umat Islam. Kejayaan suatu tadbir urus itu adalah bergantung kepada keberkesanan tadbir urus itu sendiri selari dengan prinsip-prinsip akauntabiliti, ketanggungjawaban, dan ketelusan.
Namun begitu, menjadi persoalan adakah institusi zakat di Malaysia ini sudah mencapai tahap keberkesanan tadbir urus yang berkesan dan sistematik dalam pengurusan zakat?
Demikian dengan itu janganlah lepaskan peluang ini, marilah bersama-sama mendengarkan perkongsian Webinar Pemerkasaan Tadbir Urus Institusi Zakat yang akan di bentangkan oleh Prof. Dr. Abdul Rahim Bin Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah, PPZ-MAIWP. Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Mohamad Noor Sahidi Johari Pengurus Kanan, Akademi Zakat (PPZ-MAIWP).