AZKA Live Webinar: Tips Penjimatan Cukai Pendapatan

AZKA Live Webinar: Tips Penjimatan Cukai Pendapatan

  • Post by:
  • November 29, 2020
  • Comments off

Cukai pendapatan adalah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan yang diterima di dalam Malaysia. Cukai pendapatan dikenakan ke atas individu dan bukan individu yang mana dikuatkuasakan dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dilantik oleh kerajaan sebagai agensi untuk menguatkuasakan akta tersebut dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.

Bila sebut sahaja CUKAI rata-rata akan tersentap mendengar perkataan berbisa ini yang langsung berkait rapat dengan duit kita. Malah, mereka yang bukan dari golongan pembayar cukai akan cepat-cepat melarikan diri dari isu panas ini. Ini kerana topik cukai bukanlah satu isu yang selalu dibincangkan.

Sebenarnya, isu cukai adalah topik yang menyeronokkan dan patut diambil berat oleh semua individu yang sedang menjana pendapatan, lebih-lebih lagi usahawan dan mereka yang memiliki perniagaan. Sebenarnya anda tak perlu takut dengan CUKAI kerana banyak pelepasan telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Zakat adalah salah satu daripadanya!

Apa lagi pelepasan-pelepasan cukai lain?

Mari ambil tahu dengan menyertai Live-Webinar TIPS PENJIMATAN CUKAI PENDAPATAN!

AZKA Live Webinar kali ini membawakan panel:

  • SAIZOL BIN ISMAIL (Timbalan Presiden – Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, MATA)
  • AZHAN BIN ISMAIL (Pengurus Besar Kanan Kewangan – Pusat Pungutan Zakat, PPZ-MAIWP)

Berikut adalah Kertas Pembentangan yang boleh di muat turun sebagai rujukan:-

SIJIL PENYERTAAN

SILA KLIK