Archives

Siri Kajian AZKA | 7/2021

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 7/ 2021 PENGENAAN ZAKAT KE ATAS ASET DIGITAL MENURUT PERSPEKTIF HUKUM ISLAM Dengan perkembangan aset seperti fintech atau blockchain yang mewujudkan bitcoin dan seumpamanya telah membuka lapangan baru kehartaan umat Islam. Dari sini perbincangan-perbincangan hangat telah berlaku antara intelektual Islam untuk melihat kedudukan aset digital seumpama ini. Jika dahulu emas dan perak fizikal menjadi aset tukaran dan bernilai, kini aset maya telah cuba mengambil tempat.   Persoalan yang timbul kedudukan aset-aset digital ini tidak boleh dirumpunkan dalam satu kelompok apabila mendalami konsep harta dalam Islam. Tambahan pula jika hendak dibahaskan dalam aspek harta yang hendak dizakatkan. Sebagai contoh, kedudukan hak dan manfaat sebagai harta juga menjadi satu perbincangan penting menurut hukum Islam. Apatah lagi apabila menyentuh pemilikan dan kuasa yang menjadikan sesuatu harta itu mempunyai hukum yang berbeza. Ulama telah meletakkan kategori pemilikan seperti pemilikan penuh, pemilikan kurang (naqis), pemilikan kuasa mengurus, dan pemilikan dalam tangan.   Selain aspek kedudukan aset digital sebagai harta zakat, persoalan mengenai jenis zakat yang perlu dikeluarkan. Secara kasarnya, jenis zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat pendapatan (mal al-mustafad) dan zakat saham adalah signifikan bagi perbincangan zakat aset digital. Akan tetapi setiap aset digital tidak akan tergolong dalam jenis zakat yang sama. Tambahan pula setiap jenis zakat akan melibatkan kaedah perakaunan zakat yang berbeza. Timbul lagi perbincangan mengenai bagaimanakah kaedah perakaunan zakat ke atas aset digital dilakukan.   Lantaran daripada permasalahan dan persoalan yang timbul, perlu satu model zakat aset digital yang holistik dalam dunia Islam hari ini. Lebih-lebih lagi aras kemodenan telah jauh berkembang yang kini berada dalam revolusi industri 4.0 ke arah revolusi industri 5.0. Perhatian juga perlu diberikan kepada pusat zakat mengenai fasiliti dan kesediaan dalam melaksanakan kutipan mahupun agihan zakat aset digital ini. Tambahan lagi apabila dunia ke arah mencapai Social Development Goals (SDG) yang digarapkan oleh United Nation seperti No Poverty, Industry, Innovation and Infrastructure dan Decent Work and Economic Growth. Model zakat aset digital ini juga boleh menjadi pemangkin institusi zakat mencapai SDG tersebut. Kajian “Pengenaan Zakat Ke Atas Aset Digital Menurut Perspektif Hukum Islam” ini dijalankan berpandukan tiga objektif utama, iaitu; 1. Menjelaskan konsep aset digital dan kedudukannya dalam hukum islam 2. Mengkaji kedudukan aset digital sebagai aset yang wajib dizakatkan dalam hukum Islam 3. Menganalisis isu-isu hukum dalam perlaksanaan zakat ke atas aset digital. Kajian ini tertumpu kepada perbincangan zakat ke atas aset digital dengan berpandukan literatur dan beberapa pandangan pakar. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan data-data perpustakaan sebagai sumber utama. Selain itu, kajian ini juga akan menemu bual beberapa pakar sebagai rujukan terhadap isu kutipan zakat aset digital. Kajian dilakukan dengan mengutamakan kitab-kitab fiqh dan melakukan proses takyif fiqhi jika terdapat perbahasan yang belum disentuh secara jelas dalam hukum Islam. Oleh itu, analisis terhadap data-data tersebut akan dilakukan secara induktif (istiqra’) dan deduktif (istinbat) serta komparatif (muqaranah). Kajian ini akan menjadi pemangkin dalam teori hukum Islam terhadap zakat aset digital. Kajian juga akan membentuk kerangka umum perbincangan fiqh mengenai zakat aset digital yang boleh dijadikan rujukan oleh pusat zakat kelak. Penulis Buku Dr. Muhammad Ikhlas Rosele (Ketua) S.S. Datuk Dr. Luqman Hj. Abdullah En. Azizi Che Seman Dr. Mohd Shahid Mohd Noh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA | 6/2021

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 6/ 2021 PARAMETER HARTA SYUBHAH DAN KEWAJIPAN BERZAKAT TERHADAPNYA   Kajian ini cuba mengetengahkan sebab-sebab berlakunya isu syubhah dalam harta disamping menjelaskan panduan, kaedah dan pembahagian yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini juga cuba untuk mengusulkan jawapan kepada beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak berkaitan harta syubhah dalam pendapatan dan transaksi kewangan merangkumi gaji, perniagaan, penerimaan wang, keuntungan pelaburan, perniagaan dari modal haram dan sebagainya.   Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini akan membentangkan satu cadangan parameter berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali sebagai rujukan dalam menentukan status pendapatan sebagai halal, haram atau syubhah. Parameter ini diharapkan dapat menjadi panduan asas dalam membantu serta memberi penjelasan kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan pendapatan dari transaksi kewangan mereka sama ada perlu dilupuskan atau diiktiraf sebagai halal atau diasingkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan zakat daripadanya.   Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif berdasarkan kerangka kerja konseptual seperti yang telah ditetapkan menggunakan strategi teori asal (grounded theory). Metode yang digunakan ialah analisis teks (textual analysis) atau secara analitikal dan analisis perbandingan. Jenis kajian ini ialah kajian tindakan (action research). Instrumen kajian yang digunakan adalah temu bual melalui audio visual yang kemudiannya dipindahkan ke dalam bentuk transkrip. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pengesanan data, pengumpulan data, pemilihan data dan penentuan data yang kemudiannya disebut sebagai prosedur pengumpulan data serta pendapat pakar atau Subject Matter Expert (SME). Prosedur penganalisan data yang digunakan ialah metode induktif, analisis data temu bual dan metode tematik. Penulis Buku Mohd Rofaizal bin Ibhraim Dr. Ahmad Misbah bin Mohammad Hilmi Dr. Khairul Anuar bin Ahmad Muhamad Ismail bin Abdullah Universiti Islam Selangor (UIS) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA | 5/2020

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 5/ 2020 TAKSIRAN ZAKAT PERNIAGAAN BAGI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM DAN KOPERASI Kajian ini memberi fokus kepada perakaunan zakat perniagaan bagi institusi perbankan Islam dan koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diguna pakai bagi syarikat berasaskan perkhidmatan perbankan Islam dan koperasi. Selain itu, kajian ini juga akan mengemukakan cadangan format taksiran zakat perniagaan bagi syarikat berasaskan perkhidmatan perbankan Islam dan koperasi yang komprehensif dan praktikal. Institusi zakat disaran menyediakan format atau templat taksiran zakat perniagaan khusus mengikut bentuk perniagaan yang lengkap dan komprehensif.   Kajian ini hanya menggunakan kaedah analisis kandungan ke atas laporan tahunan Institusi Perbankan Islam dan laporan tahunan koperasi. Ini menyebabkan kajian tidak dapat dibuat secara mendalam dan dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada bentuk perniagaan yang lain. Analisis kandungan juga perlu dilakukan ke atas dokumen sokongan seperti lembaran kerja taksiran zakat perniagaan bagi menilai ketepatan taksiran zakat yang telah dibuat. Selain itu, kajian dengan pendekatan kualitatif menggunakan kaedah kajian kes, temu bual atau focus group discussion dicadangkan kepada penyelidik pada masa akan datang bagi memperoleh data kajian yang lebih terperinci dan mendalam. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat membantu institusi zakat menghasilkan templat pengiraan zakat perniagaan yang khusus mengikut bentuk perniagaan dan diamalkan di seluruh Malaysia. Buku pengiraan zakat perniagaan mengikut bentuk perniagaan seperti peniaga kecil, peniaga atas talian dan penyedia perkhidmatan takaful boleh diterbitkan selepas kajian lanjutan dilaksanakan. Buku yang dihasilkan hendaklah sesuai untuk bacaan umum agar dapat menggalakkan perniagaan dari pelbagai bentuk melaksanakan tanggungjawab zakat perniagaan. Penulis Buku Teh Suhaila Tajuddin (C.A(M)) Universiti Islam Selangor (UIS) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA | 4/2020

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 4/ 2020 POTENTIAL AND STRATEGY OF ZAKAT COLLECTION FROM FOREIGN WORKERS Kajian ini cuba mengetengahkan sebab-sebab berlakunya isu syubhah dalam harta disamping menjelaskan panduan, kaedah dan pembahagian yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini juga cuba untuk mengusulkan jawapan kepada beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak berkaitan harta syubhah dalam pendapatan dan transaksi kewangan merangkumi gaji, perniagaan, penerimaan wang, keuntungan pelaburan, perniagaan dari modal haram dan sebagainya.   Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini akan membentangkan satu cadangan parameter berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali sebagai rujukan dalam menentukan status pendapatan sebagai halal, haram atau syubhah. Parameter ini diharapkan dapat menjadi panduan asas dalam membantu serta memberi penjelasan kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan pendapatan dari transaksi kewangan mereka sama ada perlu dilupuskan atau diiktiraf sebagai halal atau diasingkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan zakat daripadanya.   Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif berdasarkan kerangka kerja konseptual seperti yang telah ditetapkan menggunakan strategi teori asal (grounded theory). Metode yang digunakan ialah analisis teks (textual analysis) atau secara analitikal dan analisis perbandingan. Jenis kajian ini ialah kajian tindakan (action research). Instrumen kajian yang digunakan adalah temu bual melalui audio visual yang kemudiannya dipindahkan ke dalam bentuk transkrip. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pengesanan data, pengumpulan data, pemilihan data dan penentuan data yang kemudiannya disebut sebagai prosedur pengumpulan data serta pendapat pakar atau Subject Matter Expert (SME). Prosedur penganalisan data yang digunakan ialah metode induktif, analisis data temu bual dan metode tematik. Penulis Buku Prof. Dr. Jarita Duasa Assoc. Prof. Dr. Rafia Afroz International Islamic University Malaysia (IIUM) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA | 3/2019

  • April 15, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 3/ 2019 QADHA ZAKAT: HUKUM DAN ASAS KAEDAH KIRAAN Ini merupakan kajian yang dilaksanakan oleh Akademi Zakat (AZKA) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Objektif kajian ini adalah untuk: 1) Menjelaskan definisi dan kewajipan qadha’ zakat. 2) Menjelaskan takyif fiqhi (penyesuaian fiqh) terhadap jenis-jenis zakat harta. 3) Mencadangkan kaedah taksiran qadha’ zakat bagi setiap jenis zakat harta terutamanya zakat pendapatan, zakat emas dan perak dan lain-lain. Meninggalkan zakat termasuk dalam dosa-dosa besar. Bahkan saidina Abu Bakar al-Siddiq sendiri telah mengishtiharkan perang terhadap orang-orang arab yang enggan membayar zakat di zaman pemerintahan beliau. Keengganan melunaskan zakat bukan sahaja mengingkari hukum Allah serta menafikan hak para asnaf bahkan ia turut memberikan kesan negatif kepada sistem ekologi. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian orang[1]orang Islam yang tidak serius dalam melaksanakan kewajipan berzakat. Sama ada disebabkan kecuaian, kesedaran yang rendah atau kejahilan, harta-harta yang telah cukup syaratnya mestilah dizakatkan walaupun telah berlalu tempoh haul yang panjang. Sekiranya zakat tersebut ditunaikan serta merta apabila mencukupi haul atau tidak memasuki haul yang baharu, maka ia dikira sebagai tunai. Manakala sekiranya ia tidak ditunaikan sehingga memasuki tempoh haul yang berikutnya, maka pelaksanaannya disebut sebagai qadha’. Oleh itu, kajian dibuat untuk mengenalpasti cara dan mekanisma yang sesuai untuk membantu para amil menjalankan tugas mengutip zakat-zakat yang tertunggak disamping memberikan khidmat nasihat dan konsultasi kepada para muzakki yang berhasrat untuk melunaskan zakat-zakat yang tertunggak. Penulis Buku Muhamad Ismail Bin Abdullah Abdul Hakim Bin Baharuddin Dr. Mustaffa Bin Jusoh Hamid Bin Mat Isa Universiti Islam Selangor (UIS) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA | 2/2019

  • April 15, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 2/ 2019 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBAYARAN ZAKAT DARI INSTITUSI KORPORAT Ini merupakan kajian yang dilaksanakan oleh Akademi Zakat (AZKA) dengan kerjasama Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Objektif kajian ini adalah untuk: (1) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat korporat khususnya di kalangan syarikat korporat dan; (2) Mencadangkan penambahbaikan yang perlu kepada Institusi Zakat dari perspektif pendekatan berasaskan nilai (value-based). .Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (Mixed Method): temubual dan soal selidik. Data untuk kajian ini adalah: 10 syarikat korporat untuk temubual dan 50 syarikat korporat untuk responden soal selidik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran membayar zakat korporat boleh dipertingkatkan melalui beberapa strategi yang dapat menyumbang kepada peningkatan pembayaran zakat korporat. Antaranya, (1) promosi inisiatif keberkesanan agihan zakat korporat oleh institusi zakat dan syarikat korporat melalui stakeholder engagement, laporan dalam talian dan lain-lain saluran komunikasi dapat meningkatkan kepercayaan antara pihak-pihak berkepentingan, (2) pembangunan rangkakerja pelaporan maklumat inisiatif wakalah untuk meningkatkan keberkesanan pelaporan. Maklumat pelaporan ini dapat digunakan oleh pihak berkepentingan untuk membuat keputusan yang lebih efektif dan (3) peranan peneraju oleh institusi zakat seperti institusi zakat Wilayah dapat dijadikan sebagai penanda aras atau amalan terbaik untuk institusi zakat di setiap negeri. Ini dapat meningkatkan inisiatif bersama ke arah pembangunan pertumbuhan sosio-ekonomi negara melalui dana zakat korporat. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat mengenalpasti hala tuju strategik untuk mengoptimakan sumbangan zakat korporat terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara https://youtu.be/dbk445qsnq0?si=hWwKX4O9yjGcl7eY Penulis Buku Prof. Madya Dr. Roshayani Binti Arshad Dr. Ruhaini Binti Muda Dr. Rina Fadhilah Binti Ismail Accounting Research Institute, Universiti Teknologi MARA Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA | 1/2019

  • April 15, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 1/ 2019 KUTIPAN ZAKAT RENTAS SEMPADAN – Teori Fiqh dan Realiti di Malaysia Ini merupakan kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Akademi Zakat (AZKA) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Kajian ini menggariskan tiga objektif kajian seperti berikut: 1) Menjelaskan konsep dan falsafah kutipan zakat dalam Islam2) Mengkaji teori persempadanan kutipan zakat dalam hukum fiqh Islam3) Menganalisis realiti kutipan zakat rentas sempadan dalam realiti di Malaysia berasaskan teori persempadanan kutipan zakat dan maqasid al-syariah. Manakala, skop kajian hanya melibatkan perbincangan isu kutipan zakat rentas sempadan dengan berpandukan literature dan beberapa pandangan pakar untuk mendapatkan maklumat realiti rentas sempadan yang berlaku. Kajian ini penting bagi menyediakan penyelesaian fiqh terhadap isu kutipan zakat rentas sempadan yang berlaku di Malaysia. Ia juga mampu memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang kedudukan lokasi pembayaran yang mereka perlu keluarkan. Hal ini mungkin timbul daripada kekeliruan konflik tempat tinggal, kampung dan tempat bekerja pembayar zakat. Kajian ini juga boleh menjadi kata putus ataupun rujukan penyelidik selanjutnya serta usaha untuk mengeluarkan fatwa dan garis panduang kutipan dan pembayaran zakat institusi zakat di Malaysia umumnya. https://youtu.be/mEJSCpBdSFY?si=gEelu02oLSD-MaUf Penulis Buku Dr. Muhammad Ikhlas Bin Rosele Dr. Luqman Bin Hj. Abdullah Dr. Nor Aini Binti Ali Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Lain-lain Terbitan

Read More