Monthly Archives: April 2024

AZKA WEBINAR BERSIRI: AL-DAYN: REALITI HUTANG

Rujuk laman utama: https://azka.zakat.com.my/webinar-bersiri-al-dayn-realiti-hutang Mari sertai webinar bersiri al-Dayn bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang realiti hutang dalam kehidupan seharian kita. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh info dan perkembangan terkini berkenaan hutang. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk ketiga-tiga siri ini: Kelebihan menyertai webinar bersiri ini: 1. Memahami lebih mendalam tentang perbahasan tentang hutang dari perspektif syarak. 2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form diperlukan. 3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 4. Penyertaan percuma. Kandungan Webinar Bersiri: Al-Dayn: Realiti Hutang Hutang dari Perspektif Syarak Pengaruh Tingkah Laku Berhutang Kesan Psikologi Terhadap Orang Berhutang Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang hutang dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat!

Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H

  • April 3, 2024
  • Comments off

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H. Minal ‘Aidin wal-Faizin. ‎Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu amalan-amalan kebaikan. Amin. MAAF ZAHIR DAN BATIN atas segala kekhilafan. Ikhlas daripada kami: Akademi Zakat (AZKA) PPZ-MAIWP 📩 Untuk lebih banyak info, ikuti kami di telegram: https://t.me/AZKAakademizakat

Read More

SEMBANG-SEMBANG ASNB: KALAU DAH BAYAR ZAKAT PERLU KE BAYAR CUKAI?

  • April 3, 2024
  • Comments off

Pada asasnya zakat dan cukai adalah dua perkara yang berbeza. Zakat merupakan Rukun Islam ke tiga dan hukumnya wajib bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Cukai pula adalah suatu peraturan atau bentuk bayaran yang dikenakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan negara ke atas individu atau syarikat yang mempunyai pendapatan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu asnaf dan fakir miskin untuk hidup seperti mana insan lain. Cukai pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain. Persoalan yang sering bermain di minda masyarakat kita adalah Kalau Dah Bayar Zakat, Perlu ke Bayar Cukai? Antara zakat dan cukai, perlu ke bayar kedua-duanya? Atau boleh bayar salah satu? Betul ke Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Untuk menjawab persoalan ini, jom bersama kami dalam Webinar Sembang-Sembang ASNB dengan topik “Kalau Dah Bayar Zakat, Perlu ke Bayar Cukai?” bersama Encik Muhamad Hazrin Sayuti, Pegawai Zakat AZKA-PPZ pada 5 April 2024 (Jumaat) jam 10.30 pagi secara langsung menerusi Teams. Jumpa anda di sana! Klik link berikut untuk menyertai webinar melalui Teams : Short Link : https://bit.ly/49bLLPgMeeting ID: 461 104 432 002Passcode: Pb3Ak5 Tonton siaran ulangan disini:

Read More